Monday, June 1, 2015

Suami Isteri

Assalamualaikum blog tersayang,
bersarang jua dikau akhirnya,
topik hari ini sangat simple
SUAMI ISTERI
boleh tolong describe kan sikit apa peranan suami dan apa peranan isteri?
boleh yang bujang2 kat luar sana tu termaklum dan boleh para isteri dan suami yang sedia ada ni tersedar =)
tapi tak mengapalah, cukuplah kita sebagai yang rasional ni mampu membezakan yang mana terbaik untuk hubungan kekeluargaan.

Adakalanya, ISTERI merasakan yang dia sudah berkorban untuk SUAMInya, tapi dalam masa yang sama SUAMI juga merasakan yang dia sudah berkorban untuk isterinya, masing-masing dengan harapan agar kedua-duanya saling memahami.. padahal pada HAKIKATNYA kedua-dua merasakan pengorbanan pasangan masing2 masih tidak cukup untuk hubungan kekeluargaan mereka.  Duhai suami dan isteri, belajarlah bersikap positif dan menerima keadaan sesuatu hubungan dengan seadanya TAPI dalam masa yang sama jangan berhenti berusaha untuk sentiasa memberikan YANG TERBAIK didalam perhubungan.  Hiasilah rumah tangga kita dengan perasaan saling percaya mempercayai dan sikap toleransi antara satu sama lain.

* jom doakan yang terbaik untuk keluarga kita =)

Sunday, April 12, 2015

Handsock Lace


 Assalamualaikum semua, 
nak inform ni, new batch handsock lace mas dah update di blog, fb dan insta =)
jangan lupa visit taw..
semua lace dia cantik2 dan comel2
harga as usual and no GST
heeee


Monday, December 29, 2014

Klinik Owh Klinik

Assalamualaikum, tujuan aku mengarang ni bukan kerana nak mengaibkan atau apa2 sekalipun, cuma nak kaborkan betapa upsetnya bila kita as a customer ops salah as a patient atau erti kata lain pesakit.. nak tanya detail tentang sesebuah klinik yakni doktor, kita dilayan endah tak endah tanpa memberi salam, jawapan malas nak jawab, dan ucapan pengakhir kata yang terus letak ganggang telefon.

Mungkin doktor di klinik ni sebenarnya ok, tapi oleh kerana staff yang tidak profesional boleh mengakibatkan pesakit blah dari situ.

macam biasa sebelum aku pergi ke sesebuah klinik, wajib aku call sebab kalau boleh memang nak doktor wanita sahaja cek, tapi oleh kerana POLIKLINIK DR NORLIZA yang terletak di Taman Melawati, Ulu Kelang tu aku TAK PERNAH pergi maka wajarlah aku tanya sama ada klinik tu, ada campur doktor lelaki ke atau tidak? sebab ada juga klinik atas satu nama, tapi dia ambil pengganti bila malam, means servis bertukar tangan.

maafkanlah aku atas kecetekan ilmu sehinggakan staff itu berasa annoying nak jawab, aku nak tulis dialog panjang2 pun agak malas, sebab tgh hot sangat2..  maka dengan itu, istilah yang mampu aku beri, no manners punya orang.. maaflah POLIKLINIK DR NORLIZA, tak kesampaian hajat saya nak jumpa doktor dek keranakan staf doktor yang bersikap acuh tak acuh seolah2 saya menagih simpati minta dirawat.

untuk pengetahuan, aku ni pun sambil berkerja sambil angkat telefon untuk respond pertanyaan pesara, alhamdulillah, aku tak pernah nak lepaskan marah kepada pesara kalau hot sekalipun, habis baik layan, sebab aku tahu, ayah aku pun pesara, kalau aku buat camtu, nanti orang lain buat kat ayah aku.. bukanlah kata aku tak pernah rasa marah atau rasa angin, tapi lepas letak telefon nak bebel2 lah.. itupun kalau betul2, dapat pesara yang terlampau fussy, kalau setakat bertanya sbb depa ni kadang2 tak tau, layankan jelah.. so, kepada staf tersebut, nanti kalau kau, orang layan camtu apa perasaan kau.  Hari ni hari kau, esok lusa belum tentu .

Sunday, December 28, 2014

Bawal Chiffon Printed by Q adni

Assalamualaikum semua
cantik tak tudung bawal printed macam kat atas tu?
murah sangat
RM20 sahaja
bidang : 45
but don worry, boleh dilabuhkan.. sebab mas pun buat perkara yang sama
material chiffon crepe ni sangat senang nak dibentuk.. tak perlu pakai lilin bagai..
oleh itu kalau berminat boleh whatsapp

0122317664
atau tengok more collection roses, sparrow, walet nie di

Insta

atau

Facebook

atau

Blog
 

Saturday, December 27, 2014

Salah Faham

Assalamualaikum

Syukur sangat kepada Allah kerana masih diizinkan untuk berpijak di bumiNya ini dan bersyukur sangat sebab dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.  Firstly nak ucapkan ribuan takziah kepada mangsa banjir di Semenanjung Malaysia ini.  Ini dugaan Allah buat kita semua, tapi benar orang kata.. berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.

Hari ini bertopikkan salah faham, malas nak baca entri berjela? takpe biar aku mengarang aku yang membaca =) kadang kita tak sedar kita telah melukakan hati orang lain.  ataupun kadangkala orang itu tak sedar yang sebenarnya tindakannya melukakan hati kita dan secara tidak langsung kita bertindak kurang normal yang mengakibatkan pihak itu terasa hati.  haih.. tak tahu nak maksudkan macam mana.. tapi kadang kala kalau salah seorang tu atau sepatutnya kedua-duanya membuangkan ego masing2, mesti tak jadi mcm tu.  ok lah sekian warkah salah faham yang takde mood dari aku.

p/s : pinggang sakit, tapi takde siapa sudi kisah,....

Thursday, December 25, 2014

Pandangan mata

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

Monday, December 22, 2014

Pergi.. Al Fatihah


Assalamualaikum
Selamat Pagi
Rasanya dah dekat 2 bulan tak update blog a.k.a diari nie dek kerana kesuntukan masa, komitmen dan kesihatan.  Walaubagaimanapun, bila dapat meluahkan rasa di blog ni, rasa tenang seketika.  Biarpun tiada siapa yang baca =) nama pun diari kan.

Tanggal 8 Disember 2014
merupakan hari bersejarah buat aku dan family, sebab buat pertama kalinya kami kehilangan seorang daripada ahli keluarga kami iaitu abang aku yang paling unik dan yang paling kami sayang.  Dia pergi tanpa kami sedari kerana kami benar2 ingat dia hanya sesak2 biasa.  Mengingati cara pemergiannya membuatkan aku lagi rasa terseksa.. Sesungguhnya pemergian dia adalah kehilangan yang amat2 aku rasakan.  Rupanya begini perasaan bila kita kehilangan orang yang dekat dan kita sayang.  Walaupun sebelum ini pernah melalui pemergian arwah nenek, makcik.  Namun ia tidak sama dengan kehilangan salah seorang adik beradik kita yang kita sentiasa bergurau bersama bergaduh bersama.  Kalau dirancangkan, sepatutnya 6 Jun 2015 aku dapat lihat dia pakai baju pengantin.  Dan dia adalah ahli yang terakhir yang masih belum berkahwin.. Ajal maut kuasa Allah.  Pemergian beliau buat aku lebih banyak mengingati mati dan Allah.  Sesungguhnya bila kehilangan dia, baru aku tahu betapa aku sayang sangat dengan dia walaupun jika masa hidupnya aku hanya bertemu kadang2 seminggu sekali (memandangkan aku duduk rumah lain).
Buat Abang Rizal yang adik sangat-sangat sayang..
Adik minta maaf atas segala kesalahan adik kepada abg..
walaupun abg rizal dah tiada, biarlah Allah yang menilai kemaafan adik ini..
sesungguhnya abang rizal adalah abang yang sangat unik dan terbaik dan tiada galang gantinya..
adik rindu suara abang.. adik rindu bunyi gitar abang..
adik rindu cara abang mencari perhatian.. 
adik bertuah adik sempat berjumpa abang diminggu terakhir dulu..
adik bersyukur Allah izikan pertemuan itu..
walaupun adik sebenarnya tidak sedar..
itu adalah pertemuan terakhir kita di Bumi Allah..
 doa adik setiap kali selepas solat dan sebelum tidur..
adik mohon agar Allah tempatkan abang rizal diletakkan dikalangan hambanya yang solleh..
dan kita dipertemukan suatu hari nanti di akhirat kelak..
adik doa dapat jumpa abang di sana..
adik doa sangat2...
sebab adik sayang abang rizal..

23 Mac 1981 - 8 Disember 2014
Md Rizal bin Zunddin

p/s: adik akan sayang tunang abang macam kakak adik sendiri.. sebab dia perempuan terakhir yang abang sayang... I miss u abang rizal.. sampai hari ini hampir setiap hari adik menitiskan air mata rindu pada abg.. sayang abang rizal..