Tuesday, May 5, 2009


kerna cinta kita sanggup buat apa sahaja termasuk membinasakan diri kita....
pernah dulu aku kecewa... hanya tuhan yang maha mengetahui betapa kecewanya aku dalam hidup ni... rasa macam semuanya dah musnah... aku fikir pintu kebahagiaan memang dah tertutup untuk aku dan aku menganggap yang aku tak akan temui sesiapa lagi.... namun akhirnya datang seorang insan yang aku anggap malaikat cinta meniupkan kasih sayang sehingga aku terlupa siapa diri aku... sesungguhnya satu ungkapan sahaja yang boleh aku gamabarkan tentang perhubungai ini... 'BAHAGIA'. Kutatang pehubungan itu bagai minyak yang penuh dan kusangka ia akan menjadi yang terakhir walaupun ia bukan yang pertama. namun sekali lagi aku kecewa... kecewa yang tiada batasnya... aku pernah cuba untuk mencederakan diriku... BUNUH DIRI. itu lebih sesuaikan... berjenis-jenis ubat yang aku telan tapi Allah maha berkuasa.. mungkin belum tiba masanya aku meninggalkan dunia ini.... haih... apa yang mampu aku lakukan hanya pasrah kepada keadaan... namun sepanjang detik-detik malang hidup aku itu... aku masih terasa sebuah kasih sayang yang amat menenangkan...iaitu kasih dan sayang dari Allah s.w.t... Dia maha agung dan berkuasa. walaupun aku banyak melakukan dosa... namun aku yakin Dia masih menemaniku dan tidak pernah letih mendengar rintihanku... terima kasih tuhan... moga satu hari nanti kau bukakan pintu kebahagiaan yang hakiki buat diri ini....aminnn...

No comments: