Wednesday, December 26, 2012

MR Pet Store

Dear kawan-kawan yang membela dan menjaga meow di luar sana.. Di sini, terdapat berita gembira yakni untuk si comel meow anda, bukan si comel di dalam perot aku ya.. heheheh.. Nak bitau, kalau ada yang berminat untuk mendapatkan aksesori meow ataupun cage / sangkar kucing yang murah buat meow2 anda .. sila lah follow belog  MR PET STORE ini hokey?

Di sini ada menjual pelbagai jenis cage dengan harga yang berpatutan.  Kualiti sangat dijamin dan tahan karat.. even kena keluar duit lebih pown, tapi lasting ... kan ok gitu? Kualiti sangat sama dengan kedai.  So far tiada customer yang komplen apa-apa lagi sepanjang 4 tahun beliau berbusiness ni..  Pelbagai aksesori baru akan di update.  Sila lah follow kalau berminat.. =)

MR Pet Store
MR Pet Store ni actually hubby yang punya.  Selalunya dia aktif kat mudah.my , so kali ni buat sekali kat belog supaya mudah jua customer dia tengok pic2 atau item2 yang ada.  Dulu2 tak provide, apa yang ada kat mudah.my tu, itu jelarh.. so, dengan ini juga dapat memudahkan kerja.. macam katalog lah , lebey kurang.. Majoriti item kat sini lebih murah berbanding kat petshop.  Al maklumlah ini secara online, tak perlu sewa kedai.. betul tak? Range harga boleh ikut kemampuan dan juga kesesuaian meow anda. 

Ok lah, sekian sahaja.  Yang berminat, silalah click Pic kat atas  ok.  tiada paksaan.. heeee.. =)


Wednesday, December 5, 2012

Lawatan ke rumah Tan Sri Jins Shamsuddin


Pada 9 November 2012, pihak JPA telah melawat YB Senator Tan Sri Haji Jins Shamsuddin di rumah beliau yang terletak di Ulu Kelang. Beliau merupakan salah seorang penerima pencen Ahli Dewan Negara dan dikesempatan itu, kami berpeluang melawat beliau dan sangat berbesar hati. *skema ayat aku.. Kunjungan kami telah diterima dengan mesra oleh Tan Sri dan Puan Sri sekeluarga. Isteri beliau juga sangat peramah dan jua pada waktu itu anak mereka pun ada iaitu Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim. Untuk pengetahuan, kami semua sangat teruja dapat berjumpa beliu dan sangat bangga dengan pencapaian beliau.. Bagi kami semua beliau memang sangat hebat! Semoga beliau terus sihat dan diberkati Allah... =)

Sekian... 

p/s: sebenarnya tamo tunjuk pic ni, sebab terserlah kebuyongan aku.. tapi nak cerita jugak tentang lawatan tu.. heeee. =)

Sunday, November 18, 2012

Trimester Kedua

Alhamdulillah..kini dah masuk trimester kedua pown.  Semoga segalanya berjalan dengan lancar..As my baby pun da masuk 4 bulan lebih.  Alhamdulillah.. tak sabar nak p scan untuk kali keseterusnya.  Kalau boleh nk scan every month! bukan apa, nak pastikan kesihatan dia.  So far, semua ok..tpi sakit pinggul ni kadang-kadang sampai tak boleh handle memandangkan faktor berat badanpun dah meningkat.

Nak review sikit sepanjang pengalaman menjadi bakal ibu muda nih.
Ini trial sebelum pergi ke klinik.. Am so happy... weeee
2 lines hokeyy! =)
My very first check up atau buka BUKU PINK adalah pada 6 September 2012 yang itu seawal usia beliau 6/7 minggu.  
"Buku merah jangan lupa bawa moga-moga tidak tamat tempoh..."
Mungkin awal bagi sesetengah klinik kesihatan, namun sebagai ibu muda untuk anak first, quite eksaited and nak jaga segala-galanya.  Lagipunkan tiada pengalaman.   Even formal checkup di Klinik Kesihatan Gombak tapi every month akan buat check up di Klinik Seri Indah Gombak.  Klinik tu ok sangat, doktor pun sangat nice.  First2 dah kena darah tinggi dah.  rasanya 3 kali dia guna machine y auto tu, yang kali keempat tu dia guna manual.  Nervous kot.. heeee..  Kali Ke2 checkup pun kejadian yang sama, bila guna manual baru ok.  Machine rosak ke, atau aku y memang bermasalah ? kompius.. takpelah, janji sihat...

Actually da scan 4 kali tapi yang 1st tak berapa nampak, 2nd nampak denyutan jantung je...
yang ni pulak masa umur dia 3 bulan hari tu.. time dia da pandai main pusing2 sambil pelok2 kaki (comey).  Tapi sedikit kurus, mungkin isi-isi yang lebih tu termasuk kat part-part lemak ibu dia. heee

maybe tak berapa paham, tapi haritu aku dah paham .. *eh betul ke ayat ni?

so, untuk kali ke 4 ni, maintain scan kat klinik yang samalah supaya husband pun boleh tengok baby sama2.  

can u see him/her...? luvly picture... =) die tengah babam..
time ni dah nampak keseluruhan body dia.. lega sangat sebab so far, dia membesar dengan sihatnya.. sekejab je kepala, badan dan besar..  Bukan apa, ada one of my fren, wife dia da 3 bulan tp size anak dia mcm 6/7 minggu, so doktor suggest dia untuk gugurkan sebab budak tu tak membesar and will effect her soon.. em..ntah lah... sayang je rasa...

For the next scan nanti.. maybe bila da betol2 besar.. nak scan kat 3D/4D pulak.  Abang aku kata kat area rumah dia ok.  So, end of this month atau next next month lagi nak booking dulu.  sebab biasanya sangat ramai.   Wah nampak sangat banyak ibu2 tak saba nak tengok anak dia, termasuklah aku. heee.. 

So ini lah yang aku minum tiap2 hari sejak tahu aku pregnant dlu.  kat office minum flavor original, kat rumah flavor choc maka dengan itu tadelah jemu kan..

ANMUM!!! I just like it! =)
 this is me masa 2 bulan.. a bit chubby tp menten selim gitu.. hahah

=)
but yet, ini lah tummy saya yang sihat dan kuat!.. hehehe

baby bump!
dats all... babai... =)

Wednesday, October 31, 2012

Sayang by Shae

Sayang apa khabar denganmu
Di sini kumerindukan kamu
Kuharap cintamu takkan berubah
Kerna di sini kutetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaanku
Jangan ragukan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna kusayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kernaku sayang kamu

P/S: I just love this song =)

Friday, October 26, 2012

Precious Moments

Assalam.. masuk hari ni, dah 3 hari aku tidur berbantalkan lengan sendiri, selalunya lengan en abang..hahaha. actually my luvly husband pergi mencari rezeki sehingga habisnya raya qurban ini. Memandangkan family dia join bus. lembu qurban, so beliaupun turut turun padang dan join. Maka dengan itu, akupun telah dihantar pulang ke rumah ibunda tercinta namun mereka juga tiada dek kerana pulang ke kampung menemui nenda tersayang pulak.heee.. so tinggal aku dan abang aku beserta casper.*ops, belum basuh cage dia lagi. 

 Hari ni, mengadap laptop ja,tiba-tiba terbuka album kahwin pulak.. haih....rindu saat2 indah tersebut.. mai la tengok sama.. mai la...

saat telah diijabkabulkan *sengih tak terkata

ouwh...En abang ambil feel..hahahaha.  *saat bahagia

officially Mrs Radin - time ni nampak kurus, so aku masukkan gambo ni. =)

seriously, I dont care about the decorations anymore.. cause Im his wife already.. hahahah

Its our Guest book table.. decor by myself jugak.  So tangkap muat je.

Officially Mr Radin's wife - Our honeymoon night..hehehehe..suka tengok inai masih merah dijari. berjalan dengan bangga. ahaks!

And from now on, this lovely guy is belong to me! =)
smile foreva..

Wednesday, October 24, 2012

Salam Eid Adha

Assalamualaikum
Dalam beberapa hari lagi, umat islam akan menyambut Aidiladha yang dinanti-nantikan.  Kepada saudara-mara seislam yang mengunjungi rumah Allah jauh di sana, semoga selamat segala-galanya.  Buat suami, keluarga dan keluarga mertua tersayang, Salam Aidiladha diucapkan dan buat si dia di dalam sana, Salam Aidiladha juga.. =)

Esok, cuti dah bermula.  Apakah destinasi aku? emmm.. starting from this year and mayb tahun-tahun akan datang, mungkin pada raya pertama tidak akan berpeluang menyambut bersama suami tersayang kerana beliau akan mula sibuk dengan lembu-lembu korban bermula malam ini (rabu). Owh, so sebak sebab malam nanti hanya bertemankan bantal dan selimut sahaja.  bantal peluk tade... T_T. Namun begitu, tidak mengapa, beliau pergi mencari rezeki untuk kami berdua jua... luv u sayang. Maka dengan itu, malam ni aku bersiap-siap mengemas bilik, basuh baju dan seangkatan dengannya sebab tengahari esok da berlabuh ke rumah ibunda dan ayahanda tercinta di Kepong pula, maka tinggallah ibunda dan ayahanda di Gombak untuk seketika. =)

Perancangan Raya Haji? Cik Yah kata, dia nak balik kampung, tapi aku tak dapat ikut sebab suami aku tak balik.bukan dia tak izinkan, tapi awkward sangat tanpa satu sama lain (tak kesah la orang nak kata apa). Lagipun, sekarang aku pregnant anak first kami, lagi la dia tak bagi keluar mana-mana. emm... jadi, aku pun ambil langkah dengar kata suami. Conclusionnya aku balik rumah cik Yah, pastu tak tahu apa jadi.. Sebab mak Jah nanti pergi Kluang, beliau raya di sana. ( eh, sesuka hati pggil mak, cik yah ngan mak Jah). tak mengapalah, mana-mana pun sama. Apa-apapun Salam Aidiladha... =)

p/s: rasa semenjak 2 menjak ni macam skema sket. So what????? (sambil hangkat keningg ziana zain)

Wednesday, October 17, 2012

Penyata Gaji Penjawat Awam

Salam Satu Malaysia Hari Ini tiada topik untuk di updatekan namun kepada penjawat awam yang baru mahupun yang lama kalau tak tahu mana nak cari penyata gaji anda. Silalah tekan diSINI ataupun diSINI Sekian Terima Kasih. ^_^ 




Yang Berkhidmat Untuk Negara
-Cik Kiah-

Gentlemen or Coward?

Apa pendapat kamu-kamu semua jika situasi ini berlaku:- 

Sang Isteri merasa sangat gembira kerana dapat berjumpa EX BOYFRIENDnya dan yang paling menarik, Sang Suami yang menemaninya untuk bertemu EX BOYFRIENDnya tersebut.

PERSOALANNYA: Adakah suami itu GENTLEMEN ataupun COWARD.

Sila nyatakan komen anda di bawah. Sekian. =)

Mommy To Be

Hati mana yang tidak gembira, apabila disahkan hamil oleh Pegawai kesihatan a.k.a Doktor.  Saat kali pertama buat rawatan di Klinik Kesihatan Gombak beberapa bulan yang lalu dan terus disahkan hamil, itu adalah saat yang paling mengembirakan dalam hidup kami, apatah lagi aku.... Rahimku kini didiami oleh si comel yang bakal lahir jika diizinkan Allah nanti.  Maka dengan itu, kami tak pernah berhenti berdoa agar dikurniakan kesihatan berpanjangan buat si dia sehingga kewaktunya.

Alhamdulillah, kini usianya baru sahaja mencecah 13minggu (3bulan1minggu).  Masih awal untuk diceritakan, namun doa yang yang berpanjangan sentiasa mengiringinya.  Tiada apa yang diharapkan melainkan kesihatan dan kesempurnaannya apabila lahir kelak.  Baru-baru ini, aku ada buat pemeriksaan di Klinik swasta, saat tu rasa agak gementar kerana sebelum memasuki ke bulan yang 3, aku kerap loya dan angin-angin serta sakit perot yang tidak mampu digambarkan, hanya Allah yang maha mengetahui betapa orang yang tidak menghadapi Morning Sickness seperti aku turut mengalami EVENING SICKNESS yang membawa sampai tidur duduk.hehehe.  Namun lebih kurang, 2 bulan 3 minggu kandungan, aku semakin rasa sihat dan tiada rasa Petang Sickness itu.. Hati ni risau sekali, masih ada ke dia kat dalam tu? haih... risaunya.  Namun sewaktu pemeriksaan tersebut, aku ambil inisiatif untuk scan biarpun baru berusia 3 bulan bagi memastikan kesihatannya.  Alangkah gembirannya rasa hati, apabila melihat 'bayangan2' dari ultrasound itu bergerak-gerak dengan aktifnya.. Dapat kami melihat tangannya,jarinya, kakinya, kepalanya dan pasti the whole body.. dan yang paling menarik dia berenang dengan bahagia sekali sambil memegang kakinya sendiri.  Ya Allah... macam ni rupanya perasaan seorang ibu.. bahagia... (Eksaited sebab first time jadi ibukkk - heeeee).  Dia normal dan aktif.  Alhamdulillah.. hanya itu sahaja yang mampu diungkapkan.  Kami pulang dengan hati yang gembira serta terbayang-bayang perbuatan 'beliau' sehingga ke hari ini.  =) Alhamdulillah juga, sekarang aku makin cergas dan no more Evening Sickness! Namun begitu, sakit pinggang mula mencengkam diri ini..hehe.. takpelah, demi dia..ok lah - sekian =). Semoga sihat selalu... Aminn..

Sunday, September 23, 2012

Buat Sang Suami

Sayang...
Semalam sangat indah..
Hari ini jua sangat indah..
Dan berharap,
Agar hari-hari mendatang juga menjadi indah..
Terima kasih kerana terlalu banyak bertolak ansur..
Terima kasih kerana terlalu banyak mengasihi dan menyayangi..
Semoga keluarga kita diberkati Allah yg maha esa..
Dan semoga hadiah kurniaan Allah ini nanti..
Dapat kita jaga dan didik bersama..
Titipkan kasih sayang padanya sehingga dia juga padai mengasihi dan juga menyayangi kita..
Salam sayang dari sang isteri..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, September 12, 2012

Mango

Assalam
Manga or Mango
Its a kind of fruit (opkoslah..)
Ok lah, actually.. lately ni mango is one of my fave fruit..
Lagi sedap kalau dapat makan HARUM MANIS..
Tapi sangat jauh untuk didapati yakni di Perlis..
Namun begitu tidak mengapa..
Manga yang sedia ada di KL juga tak kurang hebatnya.. bolehla.asalkan dapat mangga
ok lah.. sebenarnya aku ngidam mangga tu je..
=)
 

credit to google
=)

Friday, August 31, 2012

Favourite Maxi Dress

faveret maxi dress...

Maxi Dress macam ni selalunya pakai dengan cardigan je
senang.
Ophelia Maxi Dress by Thepoplook
(tali dia ikat kat pinggang)

beli dekat Ikano

Ni pun beli dekat ikano

Ini dekat Nichii Alamanda


Inipun geng2 yang beli kat ikano
haritu beli 3 sekali

Ni cantik sangat color dia
beli kat online shop

Jubah Dress ni beli dekat ikano
Agak2 malas pakai baju kurung kalau pergi kenduri,
mas pakai ni saja. senang..
-
-
-
Conclusionnya, kenapa beli maxi dress?
sebab...
kalau pregnant nanti for sure boleh pakai lagi..
kan? kan?

TAKOYAKI

 Pernah baca komik Puteri Takoyaki tak?

Inilah dia Puteri Takoyaki

Suka sangat tengok gambar Takoyaki

siap bagi resepi buat takoyaki lagi...
sila lah cuba
kalau menjadi bagi tau ye..
heee
-
-
-

DORAEMON'S COLLECTION

beskan baca doraemon

macam2 barang dia ada

tu pasal aku suka beli =)

saje buat koleksi

nak pinjam tak?
-
-
-
heeee

Kids Time

Those are my beloved little niece and nephew
Perhaps, next year will b my turn =)
*happy

Arissa Damia

Thaqif

Fareez Iqbal

Sarah

Amani
-
-
-





Wednesday, August 29, 2012

Salam Aidilfitri 2012

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia
Rasanya tak terlambat nak mengucapkan Salam Aidilfitri buat belog tersayang
oleh kerana terlalu sayang kepada belog, maka daku tepekkan gambar2 raya secara randomnya di sini.
sekian..
Salam Aidilfitri sekali lagi
Gombak - Kepong - Klang - Perak - Tanjung Karang - Shah Alam 



Owh Kampungku....

heeee

happy together!!!

happy family!

nama saya Mastura

testing testing 

father of my future kids..
luv u..