Monday, June 4, 2012

05.05.12 - 05.06.12 First Month!!!!


Assalam Sayang....
Hari ini, genap sebulan kita diijabkabulkan, pelbagai rintangan dan dugaan yang kita lalui, begitu juga suka duka sepanjang kita menempuhi dunia baru iaitu dunia perkahwinan..
terima kasih kerana sudi memilih saya sebagai suri hati awak..
saya akan cuba menjadi isteri yang solehah dan yang terbaik disisi awak..
semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan kita dan moga kita murah rezeki sentiasa...
doa saya, semoga kita dikurniakan hati yang setia dan zuriat yang sihat dari Allah S.W.T..
Sayang....
Walaupun kita perlu berjauhan buat waktu ini, namun pupuklah kesetiaan yang tak terhingga antara satu sama lain dan antara hamba dan penciptanya..
sepanjang saya di sini, janganlah meninggalkan solat dan begitu jualah saya..
apabila kita bertemu, jadilah imam saya yang akan terus membimbing saya ke jalan yang diredhainya..
Luv u sayang...
-
-
-

No comments: