Wednesday, October 31, 2012

Sayang by Shae

Sayang apa khabar denganmu
Di sini kumerindukan kamu
Kuharap cintamu takkan berubah
Kerna di sini kutetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaanku
Jangan ragukan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna kusayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kernaku sayang kamu

P/S: I just love this song =)

Friday, October 26, 2012

Precious Moments

Assalam.. masuk hari ni, dah 3 hari aku tidur berbantalkan lengan sendiri, selalunya lengan en abang..hahaha. actually my luvly husband pergi mencari rezeki sehingga habisnya raya qurban ini. Memandangkan family dia join bus. lembu qurban, so beliaupun turut turun padang dan join. Maka dengan itu, akupun telah dihantar pulang ke rumah ibunda tercinta namun mereka juga tiada dek kerana pulang ke kampung menemui nenda tersayang pulak.heee.. so tinggal aku dan abang aku beserta casper.*ops, belum basuh cage dia lagi. 

 Hari ni, mengadap laptop ja,tiba-tiba terbuka album kahwin pulak.. haih....rindu saat2 indah tersebut.. mai la tengok sama.. mai la...

saat telah diijabkabulkan *sengih tak terkata

ouwh...En abang ambil feel..hahahaha.  *saat bahagia

officially Mrs Radin - time ni nampak kurus, so aku masukkan gambo ni. =)

seriously, I dont care about the decorations anymore.. cause Im his wife already.. hahahah

Its our Guest book table.. decor by myself jugak.  So tangkap muat je.

Officially Mr Radin's wife - Our honeymoon night..hehehehe..suka tengok inai masih merah dijari. berjalan dengan bangga. ahaks!

And from now on, this lovely guy is belong to me! =)
smile foreva..

Wednesday, October 24, 2012

Salam Eid Adha

Assalamualaikum
Dalam beberapa hari lagi, umat islam akan menyambut Aidiladha yang dinanti-nantikan.  Kepada saudara-mara seislam yang mengunjungi rumah Allah jauh di sana, semoga selamat segala-galanya.  Buat suami, keluarga dan keluarga mertua tersayang, Salam Aidiladha diucapkan dan buat si dia di dalam sana, Salam Aidiladha juga.. =)

Esok, cuti dah bermula.  Apakah destinasi aku? emmm.. starting from this year and mayb tahun-tahun akan datang, mungkin pada raya pertama tidak akan berpeluang menyambut bersama suami tersayang kerana beliau akan mula sibuk dengan lembu-lembu korban bermula malam ini (rabu). Owh, so sebak sebab malam nanti hanya bertemankan bantal dan selimut sahaja.  bantal peluk tade... T_T. Namun begitu, tidak mengapa, beliau pergi mencari rezeki untuk kami berdua jua... luv u sayang. Maka dengan itu, malam ni aku bersiap-siap mengemas bilik, basuh baju dan seangkatan dengannya sebab tengahari esok da berlabuh ke rumah ibunda dan ayahanda tercinta di Kepong pula, maka tinggallah ibunda dan ayahanda di Gombak untuk seketika. =)

Perancangan Raya Haji? Cik Yah kata, dia nak balik kampung, tapi aku tak dapat ikut sebab suami aku tak balik.bukan dia tak izinkan, tapi awkward sangat tanpa satu sama lain (tak kesah la orang nak kata apa). Lagipun, sekarang aku pregnant anak first kami, lagi la dia tak bagi keluar mana-mana. emm... jadi, aku pun ambil langkah dengar kata suami. Conclusionnya aku balik rumah cik Yah, pastu tak tahu apa jadi.. Sebab mak Jah nanti pergi Kluang, beliau raya di sana. ( eh, sesuka hati pggil mak, cik yah ngan mak Jah). tak mengapalah, mana-mana pun sama. Apa-apapun Salam Aidiladha... =)

p/s: rasa semenjak 2 menjak ni macam skema sket. So what????? (sambil hangkat keningg ziana zain)

Wednesday, October 17, 2012

Penyata Gaji Penjawat Awam

Salam Satu Malaysia Hari Ini tiada topik untuk di updatekan namun kepada penjawat awam yang baru mahupun yang lama kalau tak tahu mana nak cari penyata gaji anda. Silalah tekan diSINI ataupun diSINI Sekian Terima Kasih. ^_^ 




Yang Berkhidmat Untuk Negara
-Cik Kiah-

Gentlemen or Coward?

Apa pendapat kamu-kamu semua jika situasi ini berlaku:- 

Sang Isteri merasa sangat gembira kerana dapat berjumpa EX BOYFRIENDnya dan yang paling menarik, Sang Suami yang menemaninya untuk bertemu EX BOYFRIENDnya tersebut.

PERSOALANNYA: Adakah suami itu GENTLEMEN ataupun COWARD.

Sila nyatakan komen anda di bawah. Sekian. =)

Mommy To Be

Hati mana yang tidak gembira, apabila disahkan hamil oleh Pegawai kesihatan a.k.a Doktor.  Saat kali pertama buat rawatan di Klinik Kesihatan Gombak beberapa bulan yang lalu dan terus disahkan hamil, itu adalah saat yang paling mengembirakan dalam hidup kami, apatah lagi aku.... Rahimku kini didiami oleh si comel yang bakal lahir jika diizinkan Allah nanti.  Maka dengan itu, kami tak pernah berhenti berdoa agar dikurniakan kesihatan berpanjangan buat si dia sehingga kewaktunya.

Alhamdulillah, kini usianya baru sahaja mencecah 13minggu (3bulan1minggu).  Masih awal untuk diceritakan, namun doa yang yang berpanjangan sentiasa mengiringinya.  Tiada apa yang diharapkan melainkan kesihatan dan kesempurnaannya apabila lahir kelak.  Baru-baru ini, aku ada buat pemeriksaan di Klinik swasta, saat tu rasa agak gementar kerana sebelum memasuki ke bulan yang 3, aku kerap loya dan angin-angin serta sakit perot yang tidak mampu digambarkan, hanya Allah yang maha mengetahui betapa orang yang tidak menghadapi Morning Sickness seperti aku turut mengalami EVENING SICKNESS yang membawa sampai tidur duduk.hehehe.  Namun lebih kurang, 2 bulan 3 minggu kandungan, aku semakin rasa sihat dan tiada rasa Petang Sickness itu.. Hati ni risau sekali, masih ada ke dia kat dalam tu? haih... risaunya.  Namun sewaktu pemeriksaan tersebut, aku ambil inisiatif untuk scan biarpun baru berusia 3 bulan bagi memastikan kesihatannya.  Alangkah gembirannya rasa hati, apabila melihat 'bayangan2' dari ultrasound itu bergerak-gerak dengan aktifnya.. Dapat kami melihat tangannya,jarinya, kakinya, kepalanya dan pasti the whole body.. dan yang paling menarik dia berenang dengan bahagia sekali sambil memegang kakinya sendiri.  Ya Allah... macam ni rupanya perasaan seorang ibu.. bahagia... (Eksaited sebab first time jadi ibukkk - heeeee).  Dia normal dan aktif.  Alhamdulillah.. hanya itu sahaja yang mampu diungkapkan.  Kami pulang dengan hati yang gembira serta terbayang-bayang perbuatan 'beliau' sehingga ke hari ini.  =) Alhamdulillah juga, sekarang aku makin cergas dan no more Evening Sickness! Namun begitu, sakit pinggang mula mencengkam diri ini..hehe.. takpelah, demi dia..ok lah - sekian =). Semoga sihat selalu... Aminn..