Wednesday, October 17, 2012

Mommy To Be

Hati mana yang tidak gembira, apabila disahkan hamil oleh Pegawai kesihatan a.k.a Doktor.  Saat kali pertama buat rawatan di Klinik Kesihatan Gombak beberapa bulan yang lalu dan terus disahkan hamil, itu adalah saat yang paling mengembirakan dalam hidup kami, apatah lagi aku.... Rahimku kini didiami oleh si comel yang bakal lahir jika diizinkan Allah nanti.  Maka dengan itu, kami tak pernah berhenti berdoa agar dikurniakan kesihatan berpanjangan buat si dia sehingga kewaktunya.

Alhamdulillah, kini usianya baru sahaja mencecah 13minggu (3bulan1minggu).  Masih awal untuk diceritakan, namun doa yang yang berpanjangan sentiasa mengiringinya.  Tiada apa yang diharapkan melainkan kesihatan dan kesempurnaannya apabila lahir kelak.  Baru-baru ini, aku ada buat pemeriksaan di Klinik swasta, saat tu rasa agak gementar kerana sebelum memasuki ke bulan yang 3, aku kerap loya dan angin-angin serta sakit perot yang tidak mampu digambarkan, hanya Allah yang maha mengetahui betapa orang yang tidak menghadapi Morning Sickness seperti aku turut mengalami EVENING SICKNESS yang membawa sampai tidur duduk.hehehe.  Namun lebih kurang, 2 bulan 3 minggu kandungan, aku semakin rasa sihat dan tiada rasa Petang Sickness itu.. Hati ni risau sekali, masih ada ke dia kat dalam tu? haih... risaunya.  Namun sewaktu pemeriksaan tersebut, aku ambil inisiatif untuk scan biarpun baru berusia 3 bulan bagi memastikan kesihatannya.  Alangkah gembirannya rasa hati, apabila melihat 'bayangan2' dari ultrasound itu bergerak-gerak dengan aktifnya.. Dapat kami melihat tangannya,jarinya, kakinya, kepalanya dan pasti the whole body.. dan yang paling menarik dia berenang dengan bahagia sekali sambil memegang kakinya sendiri.  Ya Allah... macam ni rupanya perasaan seorang ibu.. bahagia... (Eksaited sebab first time jadi ibukkk - heeeee).  Dia normal dan aktif.  Alhamdulillah.. hanya itu sahaja yang mampu diungkapkan.  Kami pulang dengan hati yang gembira serta terbayang-bayang perbuatan 'beliau' sehingga ke hari ini.  =) Alhamdulillah juga, sekarang aku makin cergas dan no more Evening Sickness! Namun begitu, sakit pinggang mula mencengkam diri ini..hehe.. takpelah, demi dia..ok lah - sekian =). Semoga sihat selalu... Aminn..

9 comments:

NuR IzZaTi said...

best kan nak jadi ibu ^____^ rsa x sabo nak shopping brg baby nnti =).. sy ari2 sakit blakang.. dkat ngn tulang pggul tu.. ari2 2jam dok atas mto =( letihhh.. jaga diri & baby yer sygku! ^___^

Cik Kiah said...

hehe...memang tak sabo cik ti.. nnt ujung bulan ni ada exhibition kat midvalley, pegi le taw.. i nak p mendengo sambil jalan2...btoi le tu, kite having same problem, skit pinggang.. tp sy naek keta da.. saya tak mampu nek moto.. kejang sokmo.. heheh

NuR IzZaTi said...

yeke? bpa aribulan? awk bwak sndiri ke kete? hehe.. sy gagahkan diri nek moto.. prut dah beso nnti bru nek kete kot.. =)

Cik Kiah said...

tak silap saya 30-2 november ni.. byk aktivit..sy tak igt link dia.. nnt kalo jumpa saya send kat awak. bawak sndri? memang haruslah TIDAK.. perli i ke.. i ke tade lesen la u.. hahhahahah

NuR IzZaTi said...

orait =) ingatkan dah ambk lesen.. hahahaha.. kot ptrajaya tu senang nak bwak kete..kete tak byk.. =)

Cik Kiah said...

Cik T, Kat Putrajaya memang senang.. tapi nak ngadap dari Gombak Ke Putrajaya itu tak menyenangkan.. hahah

NuR IzZaTi said...

jauh tu..hihi.. awak ulang alik ari2 ke dri gombak

Cik Kiah said...

harus ulang alik sebab tade umah kat sini lagi.. uuuuuu.. ssh beno carik umah kat sini...

.:fyzz:. said...

Mas...kak fza sgt happy..yeay nk dpt ank buah...