Wednesday, October 24, 2012

Salam Eid Adha

Assalamualaikum
Dalam beberapa hari lagi, umat islam akan menyambut Aidiladha yang dinanti-nantikan.  Kepada saudara-mara seislam yang mengunjungi rumah Allah jauh di sana, semoga selamat segala-galanya.  Buat suami, keluarga dan keluarga mertua tersayang, Salam Aidiladha diucapkan dan buat si dia di dalam sana, Salam Aidiladha juga.. =)

Esok, cuti dah bermula.  Apakah destinasi aku? emmm.. starting from this year and mayb tahun-tahun akan datang, mungkin pada raya pertama tidak akan berpeluang menyambut bersama suami tersayang kerana beliau akan mula sibuk dengan lembu-lembu korban bermula malam ini (rabu). Owh, so sebak sebab malam nanti hanya bertemankan bantal dan selimut sahaja.  bantal peluk tade... T_T. Namun begitu, tidak mengapa, beliau pergi mencari rezeki untuk kami berdua jua... luv u sayang. Maka dengan itu, malam ni aku bersiap-siap mengemas bilik, basuh baju dan seangkatan dengannya sebab tengahari esok da berlabuh ke rumah ibunda dan ayahanda tercinta di Kepong pula, maka tinggallah ibunda dan ayahanda di Gombak untuk seketika. =)

Perancangan Raya Haji? Cik Yah kata, dia nak balik kampung, tapi aku tak dapat ikut sebab suami aku tak balik.bukan dia tak izinkan, tapi awkward sangat tanpa satu sama lain (tak kesah la orang nak kata apa). Lagipun, sekarang aku pregnant anak first kami, lagi la dia tak bagi keluar mana-mana. emm... jadi, aku pun ambil langkah dengar kata suami. Conclusionnya aku balik rumah cik Yah, pastu tak tahu apa jadi.. Sebab mak Jah nanti pergi Kluang, beliau raya di sana. ( eh, sesuka hati pggil mak, cik yah ngan mak Jah). tak mengapalah, mana-mana pun sama. Apa-apapun Salam Aidiladha... =)

p/s: rasa semenjak 2 menjak ni macam skema sket. So what????? (sambil hangkat keningg ziana zain)

2 comments:

.:fyzz:. said...

Selamat hari raya haji mas..preknen!bestnya..thniah n take care tau

Cik Kiah said...

salam raya haji juga kak...