Thursday, May 23, 2013

Qhaireen is now 1 month old =)

Assalamualaikum
Syukur Alhamdulillah sebab hingga kini masih lagi dapat bernafas di bumi Allah S.W.T ni..
dapat menjadi anak kepada ibu dan ayah..
dapat menjadi isteri kepada suami..
dapat menjadi ibu kepada anak..
Syukur tak terhingga..

Hari ni, genap sebulan Radin Qhaireen Adni yakni my little gurl
Happy birthday sayang... (walo sebulan nak sambut jugak)
abah kata abah nak beli bear untuk adik..
ibu? ibu kasi susu tiap2 ari, jaga adik, tu kira adiah letew..
walaupun ibu tak mampu nak direct bf kat adik..
tapi ibu sentiasa berdoa agar suatu hari adik dapat bf kat ibu..
sebak hati ibu, bila ramai tanya kenapa tak bf kat adik..
penat dah ibu menjawab..
namun begitu, dengan kuasa teknologi sekarang..
abah belanja kat ibu pump medela swing ngan pump avent manual 
supaya ibu mampu kasi adik susu ibu, biarpun sedikit..
ibu minta maaf banyak2 kat adik..
mungkin ibu banyak dosa masa silam ibu..
maka Allah balas kat ibu dan kesannya kat ank ibu jua....
Dear Qhaireen, Ibu sayang adik sangat2!


owh ibu, terkejut itew ibu buat entry tuk itew! heee! cyg ibu!

Ibu, itew cam abah versi gugurl kan? hekhek.. itew geng abah!

alorh ibu  ni.... itew gurau je.. ibu pun geng itew jugak...

itew syg ibu itew dunia akhirat..
*InsyaAllah



Saturday, May 11, 2013

Erk

Assalamualaikum
Nak tanya..
Comel tak muka itew kekenyangan?
Hikhikhikhik
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, May 10, 2013

Buli Part 1

Assalamualaikum
Ok fine.sbnrnye ini bulian y keberapa ntah.
Itew dibiarkan keseorangan..
Da la punggung kena ikat.. Tanak kasi kengkang bila da besa katenye..
*itew pasrah..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Anak abah

Assalamualaikum..
Oleh kerana terlalu ramai mengatakan y itew ni anak abah, n muka pun copy paste abah je, lantas ibu menjadi sgt geram dan membuat cubaan memacakkan rambut itew cam abah.
*abah, balik la cepat..ibu buli itew.. Itew gugurl bknnye boboy..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, May 9, 2013

5 Mei 2013

Assalamualaikum
tengok tajuk tu mesti korang ingat nak cite pasal PRU-13 kan?
soree sket.. sebenarnya aku nak cerita tentang

My Very 1st Anniversary

Terkejut saya bila tiba-tiba awak balik dari dengar ceramah (yakni tepat jam 12.00pagi)
lantas memanggil nama saya dan menyebut...
happy anniversary sayang...
lantas mengucup dahi saya...
sangat membahagiakan...

Dear my perfect Hubby
saya sangat-sangat sayang kat awak..
saya sangat-sangat sayang kat Qhaireen kita..
semoga hubungan kita kekal hingga ke syurga..
Maaf, saya tak beli apa-apa pun kat awak..
saya hanya mampu serahkan diri saya dalam keadaan berkain batik kerana berpantang shj =P
Terima kasih sayang..
sayang awak ketat-ketat!

Ini Hadiah untuk aku! apakah itu?
hanya kami yang tahu....hekhek
(tak sempat nak isi dalam)

Ini pulak untuk si comel!
eh? camna dia pun ada...
untung anak abah...siap ada kad abah bagi kat dia... =)


Sekian, terima kasih.
=)

Sejuk

Àbah.... Itew sejuk.. Baliklah cepat abah..ibu asek sumbat botol susu je..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, May 6, 2013

Yes! Aku dah jadi IBU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hari ini genap 2 minggu aku berpantang dan Qhaireen pun dah berusia 14 hari (^_^)
seronok jadi ibu?
harusla seronok walaupun tak berapa cukup nak tido, tak berapa selera nak makan, tak berapa sihat tubuh badan! namun demi bayi tersayang yang dinantikan 10bulan yang lalu, memanglah sangat berbaloi.
Mengimbau semula kenangan sewaktu mengandung/hamil adalah saat-saat terindah seorang wanita.  Kasih sayang yang diberikan sangatlah cukup oleh suami tercinta malahan kasih makan pun sangat cukup sehingga aku dari 62kg naek 84kg (tanpa segan silu memberitahu).  Namun itulah, kasih yang mampu sedaya upaya suami aku hadiahkan buat isterinya yang sedang mengandungkan zuriat hasil ikatan yang sah kami. Alhamdulillah.. Tidak pernah sekalipun permintaan aku ditolak dari awal aku mengandungkan Qhaireen hinggalah kini. (melainkan benda2 yang mengarut dan tak berapa nak sihat secara logiknyalarh).  Aku bersyukur aku dijaga dengan baik walopun kenkadang aku terbabas basuh stoking kerja Encik abang tersayang.heheheh. Sowee ygyg. Luv U.

Bercerita saat-saat kelahiran:-

Pada malam sebelum lahirnya Qoyin ibu nie, Suami tersayang yang dah tak sabar menanti puteri sulongnya mengajak aku keluar pergi downtown.. kerana? mahu menpercepatkan proses kelahiran sbb base on pengalaman kkk2, bila banyak berjalan lagi cepat lahir.. padahal due lagi 5 hari je kot...heheh.. Malam tu pun, aku sedaya upaya membawa diri dengan kandungan yang memang dah sarat beno rasanya.  Atlast, tak sampai sejam, kami pun pulang dek kerana aku penat yang amat dan peluh cam mandi merembes dengan cepatnya.

4.00 pagi/4.30 pagi
tetiba aku cek pad aku ada kaler merah-merah darah (semalam coklat cam awal period).  Akupun gerakkan suami tersayang dan inform dia sama ada nak p kerja or tidak.. (malas nak kerja da sebenarnya)  Lagipun office aku kat Putrajaya.. kang apa2 hal, jenuh laki i. heheh.  Apa-apa pun baju da siap iron. 

6.30 pagi
ok fine, perot aku tetiba memulas semacam.  cam awal-awal period pun ada. Ok lah, baik aku call kak ipar2 yang berpengalaman.  Depa kata, takyah p ofis larh.  cam nak dekat.  K larh, lagi bagus.. Dan seterusnya dari 6.30 pagi ke tengahari.  Perut aku semakin sakit dari 10 minit ke 5 minit.  Tapi takpelarh, ku tahan jua.  Sambil-sambil tu aku membaca Yaasin menenangkan hati yang resah. 

2.30 petang (lebih kurang larh)
suami tersayang pun, segera membawa aku ke hospital, siap bukak signal emrgncy lagi.. heee.. sesampai je kat hospital, macam biasalarh komfom kena tunggu untuk dicek dan sehingga ke turn aku dah menunjukkan 3cm.  Warded! tapi katil tak cukup.. wahhh... prot dah sakit dah ni.  tapi tunggu tak lama pun, rezeki aku, dapatlah katil awal dan maka bergulinglah di atas katil itu sambil ditenangkan oleh suami tersayang(ttq sayagn).  Beliaupun sampai tak tahu nak buat apa lagi.  

12.30 pagi (hari seberikutnya)
Kupercepatkan sedikit cerita ini, hehehe.  senang cite, kontraksi aku bermula 6.30pagi hingga 1.26pagi (lahirnya Qhaireen).  Lama tu.. sakitnya hanya Allah yang tahu.  (sayang mak....) tak termenangis rasanya. kadar cm yang terbuka juga amatlah lambat sehinggalah nurse tesalah baca 6cm/7cm padahal baru 5cm.  tapi bagus jugak, kalo tak aku tak dapat masuk labour room lagi..hehehe..syukur...
sampai je kat labour room, air ketuban dipecahkan.. wow!perut ang da memulas-mulas gila dah! aku rasa dah nak tercium lantai dah dek kerana sakit beno... mcm2 cara pernafasan aku guna dah.. bagus jugak ya.. At last aku cakap kat nurse, saya nak teran skang boley tak.. mujur dia bagi.. akhirnya lebih kurang 20minit gitu, RADIN QHAIREEN ADNI pun lahir. =)

1.26 pagi
eh, anak aku ke nie? awat muka dia cam anak cina? tapi memang betul kuar dari perot aku..hehehe.. apa-apa pun aku rasa bangga tatkala Qoyin diletakkan di dada aku.. Wahhhh... Yes!Aku dah jadi IBU! heheheh.

K larh...setakat itu jelarh.. yang lain-lain.. kita simpan dalam memori..heheh..tak larat nak taip.
~
~
~

Ini dia baby Qhaireen tersayang yang baru pas mandi! hehehe

Sejuknya itew Ibu!

Itew on d way p klinik sbb doktor suspect ite ada kuning
 Ok, sebenarnya kuning dah ok.. Alhamdulillah.. =)

Ini gambar itew paling latest! 14 hari ok umur itew!Hensem tak?

Ini besfren ibu itew.. tiap2 2 jam dia sebok mengepam je.  Katenyer mamam untuk itew. heeee

Ok, sekian terima kasih! heee

Friday, May 3, 2013

I miss my workplace

Assalam
Ce tengok tajuk tu,cam bagus tak? Ke tiada kena mengena? Heee.. Start 23 april lalu, operasi berpantang pun bermula. Baru 11 hari kot, tapi aku dah rindu nak kat ofis pulak.. Bukan sepatutnya syok ke dapat cuti 3 bulan? Tp tengok le nanti.. Lepas habis cuti 3 bulan je, for sure aku rindu cuti 3 bulan aku tu semula (cam pening je ayat nie). K lah, baby nak susu.. Dadadididudu..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone