Monday, December 29, 2014

Klinik Owh Klinik

Assalamualaikum, tujuan aku mengarang ni bukan kerana nak mengaibkan atau apa2 sekalipun, cuma nak kaborkan betapa upsetnya bila kita as a customer ops salah as a patient atau erti kata lain pesakit.. nak tanya detail tentang sesebuah klinik yakni doktor, kita dilayan endah tak endah tanpa memberi salam, jawapan malas nak jawab, dan ucapan pengakhir kata yang terus letak ganggang telefon.

Mungkin doktor di klinik ni sebenarnya ok, tapi oleh kerana staff yang tidak profesional boleh mengakibatkan pesakit blah dari situ.

macam biasa sebelum aku pergi ke sesebuah klinik, wajib aku call sebab kalau boleh memang nak doktor wanita sahaja cek, tapi oleh kerana POLIKLINIK DR NORLIZA yang terletak di Taman Melawati, Ulu Kelang tu aku TAK PERNAH pergi maka wajarlah aku tanya sama ada klinik tu, ada campur doktor lelaki ke atau tidak? sebab ada juga klinik atas satu nama, tapi dia ambil pengganti bila malam, means servis bertukar tangan.

maafkanlah aku atas kecetekan ilmu sehinggakan staff itu berasa annoying nak jawab, aku nak tulis dialog panjang2 pun agak malas, sebab tgh hot sangat2..  maka dengan itu, istilah yang mampu aku beri, no manners punya orang.. maaflah POLIKLINIK DR NORLIZA, tak kesampaian hajat saya nak jumpa doktor dek keranakan staf doktor yang bersikap acuh tak acuh seolah2 saya menagih simpati minta dirawat.

untuk pengetahuan, aku ni pun sambil berkerja sambil angkat telefon untuk respond pertanyaan pesara, alhamdulillah, aku tak pernah nak lepaskan marah kepada pesara kalau hot sekalipun, habis baik layan, sebab aku tahu, ayah aku pun pesara, kalau aku buat camtu, nanti orang lain buat kat ayah aku.. bukanlah kata aku tak pernah rasa marah atau rasa angin, tapi lepas letak telefon nak bebel2 lah.. itupun kalau betul2, dapat pesara yang terlampau fussy, kalau setakat bertanya sbb depa ni kadang2 tak tau, layankan jelah.. so, kepada staf tersebut, nanti kalau kau, orang layan camtu apa perasaan kau.  Hari ni hari kau, esok lusa belum tentu .

Sunday, December 28, 2014

Bawal Chiffon Printed by Q adni

Assalamualaikum semua
cantik tak tudung bawal printed macam kat atas tu?
murah sangat
RM20 sahaja
bidang : 45
but don worry, boleh dilabuhkan.. sebab mas pun buat perkara yang sama
material chiffon crepe ni sangat senang nak dibentuk.. tak perlu pakai lilin bagai..
oleh itu kalau berminat boleh whatsapp

0122317664
atau tengok more collection roses, sparrow, walet nie di

Insta

atau

Facebook

atau

Blog
 

Saturday, December 27, 2014

Salah Faham

Assalamualaikum

Syukur sangat kepada Allah kerana masih diizinkan untuk berpijak di bumiNya ini dan bersyukur sangat sebab dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.  Firstly nak ucapkan ribuan takziah kepada mangsa banjir di Semenanjung Malaysia ini.  Ini dugaan Allah buat kita semua, tapi benar orang kata.. berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.

Hari ini bertopikkan salah faham, malas nak baca entri berjela? takpe biar aku mengarang aku yang membaca =) kadang kita tak sedar kita telah melukakan hati orang lain.  ataupun kadangkala orang itu tak sedar yang sebenarnya tindakannya melukakan hati kita dan secara tidak langsung kita bertindak kurang normal yang mengakibatkan pihak itu terasa hati.  haih.. tak tahu nak maksudkan macam mana.. tapi kadang kala kalau salah seorang tu atau sepatutnya kedua-duanya membuangkan ego masing2, mesti tak jadi mcm tu.  ok lah sekian warkah salah faham yang takde mood dari aku.

p/s : pinggang sakit, tapi takde siapa sudi kisah,....

Thursday, December 25, 2014

Pandangan mata

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

Monday, December 22, 2014

Pergi.. Al Fatihah


Assalamualaikum
Selamat Pagi
Rasanya dah dekat 2 bulan tak update blog a.k.a diari nie dek kerana kesuntukan masa, komitmen dan kesihatan.  Walaubagaimanapun, bila dapat meluahkan rasa di blog ni, rasa tenang seketika.  Biarpun tiada siapa yang baca =) nama pun diari kan.

Tanggal 8 Disember 2014
merupakan hari bersejarah buat aku dan family, sebab buat pertama kalinya kami kehilangan seorang daripada ahli keluarga kami iaitu abang aku yang paling unik dan yang paling kami sayang.  Dia pergi tanpa kami sedari kerana kami benar2 ingat dia hanya sesak2 biasa.  Mengingati cara pemergiannya membuatkan aku lagi rasa terseksa.. Sesungguhnya pemergian dia adalah kehilangan yang amat2 aku rasakan.  Rupanya begini perasaan bila kita kehilangan orang yang dekat dan kita sayang.  Walaupun sebelum ini pernah melalui pemergian arwah nenek, makcik.  Namun ia tidak sama dengan kehilangan salah seorang adik beradik kita yang kita sentiasa bergurau bersama bergaduh bersama.  Kalau dirancangkan, sepatutnya 6 Jun 2015 aku dapat lihat dia pakai baju pengantin.  Dan dia adalah ahli yang terakhir yang masih belum berkahwin.. Ajal maut kuasa Allah.  Pemergian beliau buat aku lebih banyak mengingati mati dan Allah.  Sesungguhnya bila kehilangan dia, baru aku tahu betapa aku sayang sangat dengan dia walaupun jika masa hidupnya aku hanya bertemu kadang2 seminggu sekali (memandangkan aku duduk rumah lain).
Buat Abang Rizal yang adik sangat-sangat sayang..
Adik minta maaf atas segala kesalahan adik kepada abg..
walaupun abg rizal dah tiada, biarlah Allah yang menilai kemaafan adik ini..
sesungguhnya abang rizal adalah abang yang sangat unik dan terbaik dan tiada galang gantinya..
adik rindu suara abang.. adik rindu bunyi gitar abang..
adik rindu cara abang mencari perhatian.. 
adik bertuah adik sempat berjumpa abang diminggu terakhir dulu..
adik bersyukur Allah izikan pertemuan itu..
walaupun adik sebenarnya tidak sedar..
itu adalah pertemuan terakhir kita di Bumi Allah..
 doa adik setiap kali selepas solat dan sebelum tidur..
adik mohon agar Allah tempatkan abang rizal diletakkan dikalangan hambanya yang solleh..
dan kita dipertemukan suatu hari nanti di akhirat kelak..
adik doa dapat jumpa abang di sana..
adik doa sangat2...
sebab adik sayang abang rizal..

23 Mac 1981 - 8 Disember 2014
Md Rizal bin Zunddin

p/s: adik akan sayang tunang abang macam kakak adik sendiri.. sebab dia perempuan terakhir yang abang sayang... I miss u abang rizal.. sampai hari ini hampir setiap hari adik menitiskan air mata rindu pada abg.. sayang abang rizal..

Tuesday, September 2, 2014

Hanania Shawl and Instant Dahlia by Q adni

 Assalamualaikum semua
Harini mas perkenalkan produk baru dari @q_adni
which ara
HANANIA SHAWL DAN INSTANT DAHLIA

ceciri mereka?

Hanania Shawl
RM28pc
buy more RM25pcs
Curve at one side

Material : High Quality Chiffon yang lembut n flowy sangat ye
Fabrik xlicin . y mas pilih fabrik ni? sebab kalau yg rata-rata chiffon licin yang jual kat lua sana membuatkan lebihan lilitan shawl asyik kebelakang je sehingga menampakkan bahagian leher dari sisi awok2 semua.. agak2 faham tak? xpe nnt mas tunjuk tutorial tang mana yg problem tu heeee.
InsyaAllah fabrik ni berkualiti ye sesayang sekalian =)



Seterusnya
memperkenalkan 
Instant Dahlia
RM33 sepasang
material Chiffon Georgette yang berat supaya siria ni tampak jatuh sahaja.. pattern ni tak ssuai kain ringan.. sbb nanti kembang gitu.. heee..
design instant ni, tang belaka dia ada kedut2 sket... setaill gitu.. hahaha
takpe, for more boleh terjah
insta : q_adni
Fb : Q adni
whatsapp pun boleh
0122317664



Wednesday, August 20, 2014

Qhaireen,

Assalamualaikum Diari
Hari ni  mau share ttg kedemaman yang melanda anak kecilku * T_T
sian beliau demam secara pakej iaitu batuk selesema dan demam.
walaubagaimanapun ibu terpaksa gi work juga ye sayang..
esok kita main sama-sama, hari ini abah yang jaga awak ya..
walaupun ibu tahu bila awak demam, mesti awak nak tidur peluk-peluk, xpe2 awak peluk2 abah dlu k sayang.. balik nanti kita buat sama-sama heee

dear my little honey sugar bam bam, tunggu ibu balik ye nak...
ibu miss u so much ; (

Sunday, August 17, 2014

Back & Hanania Shawl

Assalam
back? yup... kembali mengaktifkan diri setelah sekian lama menyepi..cewah..
lately bz sangat dengan kerjaya, keluarga dan macam-macam lagi
sampai terlupa nak hupdate diari kesayangan.. rugi rasanya tak update..
sebab bila dah tua-tua nanti boleh duduk berdua-duaan pastu baca sama-sama
suwittt tak.. ke suweii opss! tak kisahlah janji i olls happy =)
latest, bz sangat dengan new produk..which is a Shawl .. rasanya ramai orang buat shawl sendiri dan ada juga yang memang beli ready stock.. tapi for me personally, saya masih tak dapat fabrik atau design yang sesuai dengan kehendak diri.  Akhirnya, setelah puas memikir dan memerah otak... saya rasa baik lah saya create my owh shawl yang sesuai dengan apa yg saya nak.. dan akhirnya terciptalah

HANANIA SHAWL 
^_^


contoh pemakaian Hanania shawl

gemoks kan I T_T , anak I cenitt jaa

I love this shawl ! huuu

why this shawl, why this fabric, why this design
???

nnt i explain next entri.. ok dear, tatatititutu
nak sambung kerja 
heeee

Wednesday, August 13, 2014

Mix and Match

 Assalamualaikum

Lets play mix and match =)

 Green Hornet *tetiba teringat cersita tue
Pelakon extra : Qoyin's bottle + Qoyin's shower cream + Qoyin's toys + Qoyin's roxy sandle

Pink Panther!


 Pelakon extra : Qoyin's croc sandle + Qoyin's adidas sport sh + Qoyin's cooking stuff


The Violet & Lavendaaaa
Pelakon extra : Qoyin's bottle + Qoyin's sepet rambott + Qoyin's Hair deraiierr =)

tq sayang =)

Monday, June 2, 2014

LACEY HANDSOCKS

 Assalamualaikum
sambungan promo

LACEY HANDSOCKS
2 DAYS PROMO
BUY 2 FOR RM16
NORMAL : RM12.00

whatsapp : 0122317664
Insta : q_adni
FB : Q adni













CANDY SOCKS @ SOKA SOCKS

ASSALAMUALAIKUM
CANDYSOCKS =)
2 DAYS PROMO
BUY 2 FOR RM12
NORMAL : RM8.00 each

whatsapp : 0122317664
Insta : q_adni
FB : Q adni





INNER STRIPE (INNER MAGIC)

 INNER STRIPE




2 DAYS PROMO
BUY 2 FOR RM18
NORMAL : RM12.00

whatsapp : 0122317664
Insta : q_adni
FB : Q adni




INNER GLITTER

 INNER GLITER
NORMAL : RM12.00
NOW BUY 2 FOR RM18

2 DAYS PROMO ONLY
3 - 4 JUN 2014
=)

mai pakat bli untuk glam raya =)






Sunday, March 23, 2014

2 Days Promotion - Lacey Handsocks

Dear my beautiful customer
Assalamualaikum
By this week, q adni akan buat sales
2 DAYS PROMOTION
jangan lupa tengok kat 
&
ye =)

harga akan jadi sangat berbaloi2  =)


Monday, March 10, 2014

Lacey Handsocks - Update 3 10.03.2014
























Assalamualaikum semua
ada yang berminat ke?
sangat berkualiti, sangat murah, sangat berguna
boleh whatsapp saya
0122317664
semua ni hanya RM12.00 sehelai
nak borong? whatsapp k...
Tq kawan-kawan
#letscoverouraurah

=)