Monday, December 29, 2014

Klinik Owh Klinik

Assalamualaikum, tujuan aku mengarang ni bukan kerana nak mengaibkan atau apa2 sekalipun, cuma nak kaborkan betapa upsetnya bila kita as a customer ops salah as a patient atau erti kata lain pesakit.. nak tanya detail tentang sesebuah klinik yakni doktor, kita dilayan endah tak endah tanpa memberi salam, jawapan malas nak jawab, dan ucapan pengakhir kata yang terus letak ganggang telefon.

Mungkin doktor di klinik ni sebenarnya ok, tapi oleh kerana staff yang tidak profesional boleh mengakibatkan pesakit blah dari situ.

macam biasa sebelum aku pergi ke sesebuah klinik, wajib aku call sebab kalau boleh memang nak doktor wanita sahaja cek, tapi oleh kerana POLIKLINIK DR NORLIZA yang terletak di Taman Melawati, Ulu Kelang tu aku TAK PERNAH pergi maka wajarlah aku tanya sama ada klinik tu, ada campur doktor lelaki ke atau tidak? sebab ada juga klinik atas satu nama, tapi dia ambil pengganti bila malam, means servis bertukar tangan.

maafkanlah aku atas kecetekan ilmu sehinggakan staff itu berasa annoying nak jawab, aku nak tulis dialog panjang2 pun agak malas, sebab tgh hot sangat2..  maka dengan itu, istilah yang mampu aku beri, no manners punya orang.. maaflah POLIKLINIK DR NORLIZA, tak kesampaian hajat saya nak jumpa doktor dek keranakan staf doktor yang bersikap acuh tak acuh seolah2 saya menagih simpati minta dirawat.

untuk pengetahuan, aku ni pun sambil berkerja sambil angkat telefon untuk respond pertanyaan pesara, alhamdulillah, aku tak pernah nak lepaskan marah kepada pesara kalau hot sekalipun, habis baik layan, sebab aku tahu, ayah aku pun pesara, kalau aku buat camtu, nanti orang lain buat kat ayah aku.. bukanlah kata aku tak pernah rasa marah atau rasa angin, tapi lepas letak telefon nak bebel2 lah.. itupun kalau betul2, dapat pesara yang terlampau fussy, kalau setakat bertanya sbb depa ni kadang2 tak tau, layankan jelah.. so, kepada staf tersebut, nanti kalau kau, orang layan camtu apa perasaan kau.  Hari ni hari kau, esok lusa belum tentu .

No comments: