Monday, December 22, 2014

Pergi.. Al Fatihah


Assalamualaikum
Selamat Pagi
Rasanya dah dekat 2 bulan tak update blog a.k.a diari nie dek kerana kesuntukan masa, komitmen dan kesihatan.  Walaubagaimanapun, bila dapat meluahkan rasa di blog ni, rasa tenang seketika.  Biarpun tiada siapa yang baca =) nama pun diari kan.

Tanggal 8 Disember 2014
merupakan hari bersejarah buat aku dan family, sebab buat pertama kalinya kami kehilangan seorang daripada ahli keluarga kami iaitu abang aku yang paling unik dan yang paling kami sayang.  Dia pergi tanpa kami sedari kerana kami benar2 ingat dia hanya sesak2 biasa.  Mengingati cara pemergiannya membuatkan aku lagi rasa terseksa.. Sesungguhnya pemergian dia adalah kehilangan yang amat2 aku rasakan.  Rupanya begini perasaan bila kita kehilangan orang yang dekat dan kita sayang.  Walaupun sebelum ini pernah melalui pemergian arwah nenek, makcik.  Namun ia tidak sama dengan kehilangan salah seorang adik beradik kita yang kita sentiasa bergurau bersama bergaduh bersama.  Kalau dirancangkan, sepatutnya 6 Jun 2015 aku dapat lihat dia pakai baju pengantin.  Dan dia adalah ahli yang terakhir yang masih belum berkahwin.. Ajal maut kuasa Allah.  Pemergian beliau buat aku lebih banyak mengingati mati dan Allah.  Sesungguhnya bila kehilangan dia, baru aku tahu betapa aku sayang sangat dengan dia walaupun jika masa hidupnya aku hanya bertemu kadang2 seminggu sekali (memandangkan aku duduk rumah lain).
Buat Abang Rizal yang adik sangat-sangat sayang..
Adik minta maaf atas segala kesalahan adik kepada abg..
walaupun abg rizal dah tiada, biarlah Allah yang menilai kemaafan adik ini..
sesungguhnya abang rizal adalah abang yang sangat unik dan terbaik dan tiada galang gantinya..
adik rindu suara abang.. adik rindu bunyi gitar abang..
adik rindu cara abang mencari perhatian.. 
adik bertuah adik sempat berjumpa abang diminggu terakhir dulu..
adik bersyukur Allah izikan pertemuan itu..
walaupun adik sebenarnya tidak sedar..
itu adalah pertemuan terakhir kita di Bumi Allah..
 doa adik setiap kali selepas solat dan sebelum tidur..
adik mohon agar Allah tempatkan abang rizal diletakkan dikalangan hambanya yang solleh..
dan kita dipertemukan suatu hari nanti di akhirat kelak..
adik doa dapat jumpa abang di sana..
adik doa sangat2...
sebab adik sayang abang rizal..

23 Mac 1981 - 8 Disember 2014
Md Rizal bin Zunddin

p/s: adik akan sayang tunang abang macam kakak adik sendiri.. sebab dia perempuan terakhir yang abang sayang... I miss u abang rizal.. sampai hari ini hampir setiap hari adik menitiskan air mata rindu pada abg.. sayang abang rizal..

No comments: