Monday, June 1, 2015

Suami Isteri

Assalamualaikum blog tersayang,
bersarang jua dikau akhirnya,
topik hari ini sangat simple
SUAMI ISTERI
boleh tolong describe kan sikit apa peranan suami dan apa peranan isteri?
boleh yang bujang2 kat luar sana tu termaklum dan boleh para isteri dan suami yang sedia ada ni tersedar =)
tapi tak mengapalah, cukuplah kita sebagai yang rasional ni mampu membezakan yang mana terbaik untuk hubungan kekeluargaan.

Adakalanya, ISTERI merasakan yang dia sudah berkorban untuk SUAMInya, tapi dalam masa yang sama SUAMI juga merasakan yang dia sudah berkorban untuk isterinya, masing-masing dengan harapan agar kedua-duanya saling memahami.. padahal pada HAKIKATNYA kedua-dua merasakan pengorbanan pasangan masing2 masih tidak cukup untuk hubungan kekeluargaan mereka.  Duhai suami dan isteri, belajarlah bersikap positif dan menerima keadaan sesuatu hubungan dengan seadanya TAPI dalam masa yang sama jangan berhenti berusaha untuk sentiasa memberikan YANG TERBAIK didalam perhubungan.  Hiasilah rumah tangga kita dengan perasaan saling percaya mempercayai dan sikap toleransi antara satu sama lain.

* jom doakan yang terbaik untuk keluarga kita =)