Wednesday, April 5, 2017

Resepi Kerabu Konjac



Assalamualaikum and Hye

Harini mas nak share satu lagi resepi iaitu RESEPI KERABU KONJAC
Sebenarenya mas masak Kerabu Maggi tapi oleh kerana mas tengah consume diet Atkins, maka mas tukarkan meggi kepada konjac =) untuk mas, husband pula makan maggi je.  Here we go

1 pack Konjac (mee) (mas rebus semalaman dalam slow cooker sebab nak lembutkan)
2 pack perencah maggi siam/ kiub tomyam
1 sb jus limau
1 sb sos ikan
½ biji tomato (potong dadu)
3 btg jagung yang sayur tu (potong kecil-kecil)
1 biji cili merah
1 genggam daun ketumbar
LAUK – ikut suka (udang/sotong/crabstick)
Garam dan gula secukup rasa atau jika perlu

1) panaskan air lebih kurang sesuai untuk rebuskan mee konjac /mee segera
2) masukkan sepeket perencah kedalam air rebusan
3) masukkan mee segera (jika nak) , rebus sehingga lembut dan angkat
4) masukkan LAUK dan rebus one by one ya, sebab takut ada yang terlebih empuk, dah empuk segera lah angkat.
5) masukan sayur sehingga lembut dan angkat
6) dalam satu besen, masukkan mee konjac + perencah + jus limau + sos ikan + ketumbar + tomato + cili merah + sayur + lauk  dan gaul hingga sebati, tambahkan sedikit air dari air rebusan sebentar tadi.
7) tambahkan garam dan gula jika perlu.
8) siap =)

Sekian, Resepi Kerabu Konjac
maaf ye kawan-kawan, mas tak tahu sejauh mana kesesuaian nya untuk yang tegar atkins, tapi mas buat atkins so so je, maka mas gantikan karbo (maggi) kepada no karbo (konjac)
Tq 
wassalam

No comments: